Lenggong kini telah diisytihar sebagai Lembah Warisan yang mempunyai pelbagai khazanah untuk diketahui. Kini, Homestay Lembah Warisan Lenggong telah pun beroperasi dari 10 Oktober 2010 yang telah menggamit para pelancong dari luar negeri dan dalam negeri khususnya.
Tujuan kami adalah menarik pelancong datang ke sini adalah untuk mempromosikan Lenggong kerana Lenggong adalah salah satu tapak warisan dunia yang akan dikekalkan dari pelbagai sudut seperti banjaran gunung yang mempunyai sejarah, pelbagai gua yang menarik, tasik-tasik yang menyimpan pelbagai misteri dan pelbagai lagi sejarah yang akan dirungkai.
Homestay Lembah Warisan Lenggong ini yang terletak di Kampung Kubang Jambu adalah yang pertama di kawasan Lenggong. Pelbagai acara dan program-program yang akan dilaksanakan mengikut pakej yang mengikut pihak pelawat ingin jalankan. Segala program akan diatur dengan jayanya.



No comments:
Post a Comment